Ads Top

“Maaf… Kami Terpaksa Rahsiakan” – Ani Mayuni Dedahkan Adibah Noor Ada Maklumkan Dirinya Sakit Ketika GV8

Salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 (GV8), Ani Mayuni mendedahkan bahawa Allahyarhamah Adibah Noor ada memaklumkan dirinya sakit sewaktu menyertai program realiti berkenaan.

Ani berkata, dia serta beberapa orang peserta lain yang mengetahui mengenai perkara berkenaan terpaksa merahsiakannya kerana menghormati permintaan arwah.

“Maaf… kami terpaksa rahsiakan. Sebelum ni Kak Dib (Adibah Noor) ada beritahu pada Ani dan beberapa rakan lain.

“Cuma dia minta kami rahsiakan, kami tak boleh nak heboh-hebohkan, war-warkan yang dia sedang menanggung kesakitan,” ujarnya.

Hari ini, negara dikejutkan dengan pemergiaan seorang insan seni yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu akibat penyakit kanser.

Dalam pada itu, Ani juga memaklumkan bahawa arwah mula sakit sewaktu rakaman untuk program Gegar Vaganza Raya.

“Masa nak start shooting GV Raya tu arwah dah mula start demam. Lama dia warded, ingatkan dia tak keluar-keluar sebab Covid-19 ke.

“Kemudian apabila saya tanya dia secara personal, arwah beritahu yang dia baru dapat tahu ada kanser dan baru lepas pembedahan. Ketika itu arwah nak berehat dan tak nak terima mana-mana tetamu serta tak ambil mana-mana show,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Maaf… Kami Terpaksa Rahsiakan” – Ani Mayuni Dedahkan Adibah Noor Ada Maklumkan Dirinya Sakit Ketika GV8 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.