Ads Top

“Jangan Pula Kata Saya Gimik Nak Bakar Rumah Buat Content… ” – Isteri Aliff Syukri Dedah Power Bank Jadi Punca Bilik Pekerja Terbakar

Semalam Datuk Seri Aliff Syukri berhadapan detik mencemaskan apabila salah sebuah bilik di rumahnya mengalami kebakaran sehingga menimbullkan kelam-kabut.

Isteri kepada usahawan berkenaan, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi perkongsian di Instagram telah menceritakan punca kepada kebakaran tersebut.

“Ya Allah syukur la nasib perasan sbb ada bau asap…..rupanya2 punca dia dari power bank…korang hati2 ya kadang2 kita tak sangka benda kecil pun jadi punca…

“Jangan pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content…. Bilik staff saya Idris yg terbakar…,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan pesanan agar tidak meletakkan power bank yang panas selepas dicas di atas katil.

Malah, Shahida turut berkongsi melucukan apabila suaminya hanya menghubungi pihak bomba setelah api berjaya dipadamkan.

“Lepas ni power bank kalau tgh panas2 lepas charged jgn letak atas katil gaiss… Alhamdulillah kami semua selamat….yg paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris……api dah padam baru dia nak call bomba.

“Pemadam api ada tapi bila dah panik kita pun lupa rumah kita ada…ingat air je dlm kepala…..,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Jangan Pula Kata Saya Gimik Nak Bakar Rumah Buat Content… ” – Isteri Aliff Syukri Dedah Power Bank Jadi Punca Bilik Pekerja Terbakar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.