Ads Top

Diana Danielle Perlu Ambil Ubat Atasi Masalah Penyakit ADHD, Akui Ia Langsung Tidak Ganggu Kehidupan Harian

Pelakon popular, Diana Danielle yang mengalami penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) mengakui perlu mengambil ubat supaya lebih fokus dan daya ingatan yang lebih baik.

Diana berkata, biarpun sudah mengalami masalah berkenaan agak lama, namun ia langsung tidak membuatkan kehidupan dirinya terganggu atau lemah semangat.

“Selama ini pun saya tak pernah persoalkan kenapa saya ada penyakit yang sebegini. Bagi saya ADHD ini bukanlah satu masalah yang teruk, cuma perlu ambil beberapa ubat atas nasihat doktor.

“Lagipun saya ada penyakit ini sejak kecil, malah ia juga langsung tidak mengganggu kerjaya. Saya mula dapat rawatan sejak dua bulan lalu dan kini lebih mudah nak menguruskan semua perkara,” ujarnya.

Diana berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran program kempen ‘Herstory Health & Wellness Day’ yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, pelakon berkenaan mengakui ada mengatur temu janji dengan pakar psikiatrik bagi mengenal pasti sama ada dia menghidap ADHD.

Dalam pada itu, Diana yang telah dilantik selaku duta kepada program kempen berkata, peranan yang akan dijalankan nanti adalah menyeru golongan wanita agar memberi perhatian kepada keadaan penjagaan kesihatan.

Ujarnya, dia berasa terpanggil apabila ada ramai yang selalu berbincang dengannya mengenai langkah-langkah penjagaan kesihatan.

“Untuk kempen ini, sebagai duta saya akan memberi kesedaran kepada wanita supaya tidak berasa malu untuk berkongsi masalah kesihatan yang dialami.

“Misalnya, mungkin ada yang berhadapan masalah kelamin atau kanser payudara, mereka tidak seharusnya mengabaikannya. Kalau dah memudaratkan nanti pasti akan sukar untuk sembuh,” ujarnya.

The post Diana Danielle Perlu Ambil Ubat Atasi Masalah Penyakit ADHD, Akui Ia Langsung Tidak Ganggu Kehidupan Harian appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.