Ads Top

Ahmad Idham & Eizlan Yusuf Tunggu Kenyataan Menteri Berhubung Punca Penamatan Kontrak Di Kementerian Luar Negeri

Pelakon dan pengarah popular, Dr. Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof menyatakan mereka menunggu kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berhubung punca penamatan kontrak mereka di Kementerian Luar Negeri dalam tempoh 24 jam.

Ahmad Idham berkata, dia dan Eizlan sendiri sehingga kini masih tidak tahu apakah punca khidmat mereka di kementerian tersebut ditamatkan serta merta.

“Kami dah diberhentikan, jadi kami dah tak ada saluran untuk bertanya terus pada menteri apa puncanya, lainlah kalau kami dapat surat amaran, bolehlah lagi jumpa.

“Lebih menyedihkan apabila tarikh surat itu adalah hari saya dan seluruh keluarga dijangkiti Covid-19 dan menteri sendiri tahu mengenai keadaan saya waktu itu.

“Kami hanya menerima surat yang menyatakan perkhidmatan kami sudah tamat tanpa sebarang alasan. Malah seminggu sebelum itu kami ada berjumpa dan bermesyuarat bersama,”

Sebelum ini, Ahmad Idham merupakan Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar, manakala Eizlan pula menjawat jawatan Perunding Kreatif.

Ahmad Idham menjelaskan mereka telah mendapat surat penamatan kontrak pada Isnin lalu, namun mendiamkan diri dan tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak umum kerana menghormati menteri.

“Selama ini usaha dan kolaborasi kami bersama menteri amat baik. Apabila penamatan 24 jam berlaku tanpa sebab, kami masih menghormati keputusan yang dibuat.

“Kami mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan media. Apabila kenyataan media dah dikeluarkan, saya terpaksa memperjelaskan bahawa perkara berkenaan adalah benar,” ujarnya.

Sementara itu, Eizlan pula menyatakan sebelum keputusan dibuat, seharusnya perlu ada pertemuan untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Kami pun tidak tahu sebab apa dan saya rasa ia satu tindakan yang tidak gentleman. Kita masuk secara baik, kalau khidmat kami tidak diperlukan, panggilah untuk berbicang.

“Macam saya sendiri, kerja-kerja yang dilakukan di kementerian adalah secara sukarela. Satu sen pun saya tak terima gaji, malah terpaksa keluarkan duit sendiri,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Ahmad Idham & Eizlan Yusuf Tunggu Kenyataan Menteri Berhubung Punca Penamatan Kontrak Di Kementerian Luar Negeri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.