Ads Top

Noor Nabila Sedih Jumpa Kanak-Kanak Melayu Lebih Fasih Berbahasa Inggeris Berbanding Bahasa Melayu

Kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dirinya agak sedih apabila berjumpa kanak-kanak Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Noor Nabila berkata, adalah sesuatu yang agak pelik apabila kanak-kanak Melayu tidak fasih berbahasa kebangsaan dan lebih gemar bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Apabila jumpa kanak-kanak yang tak boleh berbahasa Melayu, saya rasa sedih. Tak naklah anak Melayu pelat bila cakap bahasa sendiri.

“Saya tak nak Jayden lebih pandai berbahasa Inggeris, tetapi tak fasih cakap Melayu. Kami kat rumah pun akan cakap Melayu,” ujarnya.

Ujar Noor Nabila, dia akan memastikan anaknya itu akan fasih berbahasa Melayu, di samping dapat menguasai bahasa Inggeris apabila memasuki alam persekolahan.

Malah, dia berkata bekas suaminya iaitu Sharnaaz Ahmad juga mempunyai pendapat yang sama agar anak mereka akan mudah bergaul nanti.

“Selain fasih berbahasa Melayu, saya akan pastikan Jayden juga mampu bercakap loghat Kelantan. Malah, saya tak kisah kalau dia juga mampu bertutur loghat Penang,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya perancangan untuk menambah cahaya mata, Noor Nabila menyatakan semuanya memang dalam perancangan dan sedang berusaha ke arah itu.

Setelah bercerai dengan Sharnaaz, Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada Mac 2021. – KopiPlanet.com

The post Noor Nabila Sedih Jumpa Kanak-Kanak Melayu Lebih Fasih Berbahasa Inggeris Berbanding Bahasa Melayu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.