Ads Top

“Menyirap Pun Ada…” – Hattan Tempelak Stesen TV Ambil Peserta Tak Boleh Menyanyi Semata-Mata Kerana Rating

Penyanyi popular, Datuk Hattan menempelak sebuah stesen televisyen yang mengambil peserta yang tidak boleh menyanyi dalam sebuah program nyanyian.

Perkara berkenaan telah diluahkan oleh Hattan menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Saya tahu banyak orang boring tengok satu program realiti tv semalam kan, nyanyi senget benget macam tu pun boleh masuk. Apa ni, apa yang cuba dibuat ni. Kalau ya pun nak dapat rating, tak payah la sampai macam tu sekali.

“Banyak lagi cara lain. Takkan pihak produksi dan penerbit tak tengok masa rehearsel macam mana punya persembahan. Peserta tak boleh menyanyi, kenapa kau panggil jugak. Tujuan apa kau nak buat? Nak rating?” tegasnya.

Luahan berkenaan dibuat berikutan pemilihan salah seorang peserta, Ahmad Iqbal Zulkefli untuk menyertai rancangan Big Stage 4 terbitan Astro.

Hattan berkenaan, pihak stesen televisyen seharusnya berfikir secara waras sebelum membuat sebarang keputusan untuk sesebuah program.

Tegasnya lagi, apa yang terjadi sekarang ini dilihat memalukan boleh menjatuhkan maruah memandangkan ia juga disertai oleh peserta luar negara.

“Untuk industri kita, malu tak? Macam yang saya cakap itu hari. Dalam tu ada peserta Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok kita punya kualiti.

“Kesian 11 orang peserta lagi yang bersaing beria-ia. Pasal ada 1-2 juta pengikut oh you entitled. Persembahan tu punya standard, punya sampah… tu yang saya cakap. Kita kena ada jatidiri, ada rasa maruah. Nyanyi, nyanyi juga maruah penting,” ujarnya.

Jelasnya, pihak penyiar harus ada kebertanggungjawapan untuk mengangkat industri muzik ke satu tempat yang lebih tinggi dan lebih baik. – KopiPlanet.com

The post “Menyirap Pun Ada…” – Hattan Tempelak Stesen TV Ambil Peserta Tak Boleh Menyanyi Semata-Mata Kerana Rating appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.