Ads Top

“Korang Hadamlah Yang Mengata Aku Bankruptcy Tu” – Sajat Tunjuk Bukti Dirinya Belum Lagi Diisytihar Muflis

Usahawan sensasi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman memberikan bukti bahawa dirinya belum lagi diisytiharkan muflis.

Bukti tersebut ditunjukkan menerusi satu posting di Instagram menerusi sebuah surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Berlambak orang fitnah kata sajat dah bankruptcy bagai!!! Siap kata, sajat dah bankruptcy uols!!! Korang hadam lah yang mengata aku bankruptcy tu!!

“Tak kan aku ampun kan!! Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa!!! Giteww.. amin,” tulisnya.

Sebelum ini, usahawan berkenaan telah melarikan diri dari Malaysia setelah waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan kini menetap di Australia.

Dalam pada itu, Sajat memberitahu bahawa dirinya masih lagi kaya, malah kad pengenalannya di Australia meletakkan status jantina sebagai perempuan.

“walaupun I dah duduk negara luar, nursajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey😘😘..

“walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA 🇦🇺, ID sajat female giteww!!! Amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Korang Hadamlah Yang Mengata Aku Bankruptcy Tu” – Sajat Tunjuk Bukti Dirinya Belum Lagi Diisytihar Muflis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.