Ads Top

Lahirkan Tiga Anak Kembar Tanpa Suami, Seorang Model Di Kritik Ramai

Mahu memiliki anak tetapi tidak mahu memiliki suami. Itu juga yang dilalui oleh seorang model popular China yang sanggup melaburkan sejumlah wang untuk memiliki anak sendiri tanpa suami dan perkahwinan.

 Li Xueke, 30, sanggup terbang ke Thailand untuk melakukan proses bayi tabung uji (IVF) yang biasanya dilakukan oleh mereka yang sukar mendapatkan cahaya mata setelah berkahwin sekian lama.

Bagi wanita ini, dia sanggup menggunakan cara tersebut tersebut sebagai simbolik tidak memerlukan suami setelah berkali-kali gagal dalam percintaan sebelum ini.

Dia antara model berpengaruh yang mempunyai pendapatan tinggi namun belum berjaya dalam percintaan dan sering dikecewakan lelaki.

Akhirnya dia memilih sperma daripada seorang lelaki British agar anak yang dilahirkan berdarah kacukan dan elok dipandang mata.

Li Xuenke akhirnya melahirkan tiga bayi kembar terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan pada Julai 2019.

Tindakan tersebut sebenarnya menimbulkan polemik yang hebat di sana. Ada yang beranggapan dia tidak sepatutnya melakukan perkara berkenaan dan tak kurang juga yanh memberikan sokongan.

“Saya dah terbiasa hidup berdikari. Tiada lelaki yang boleh kawal hidup saya dengan baik. Jadi kenapa mesti nak rosakkan mood dan buang masa dengan masalah keluarga? 

“Betapa penatnya setiap hari nak guna otak untuk menghadap isu-isu hubungan ibu mentua atau menantu,” katanya mempertahankan diri.

Namun, kenyataannya itu disifatkan sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak peka dengan nasib anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Menjawab perkara berkenaan, dia sebenarnya datang daripada keluarga yang porak peranda apabila ibu dan bapanya berpisah.

Disebabkan situasi berkenaan membuatkan dia lebih berdikari dan tidak bergantung harap kepada orang lain.

Ditambah pula dengan kekecewaan terhadap lelaki, dia yakin untuk melakukan IVF bagi memilik anak dan membesarkan mereka dengan caranya. – KopiPlanet.com

The post Lahirkan Tiga Anak Kembar Tanpa Suami, Seorang Model Di Kritik Ramai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.