Ads Top

Koleksi Baharu Tudung Fazura Sold Out, Berjaya Catat Hasil Jualan RM5.4 Juta Dalam Tempoh Sejam

Pelakon popular Fazura meluahkan rasa gembira dan terharunya apabila koleksi tudung terbaharu Rahmat Ramadhani yang dilancarkan telah sold out.

Dalam satu perkongsian di Instagram, pelakon itu memberitahu ia terjual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh sejam.

“MasyaAllah. Tabarakallah. Segalanya milik Allah SWT. The “Rahmat Ramadhan” of 200,000 pieces has officially SOLD OUT within just 1 hour!

“Congratulations to my big family at @fazurabesties and semua anak anak agents kita,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, sehelai tudung berkenaan yang dijual menerusi secara dalam talian berharga RM27.00.

Ia bermakna Fazura telah berjaya mencatatkan jualan koleksi tudung terbaharunya itu berjumlah RM5.4 juta hanya dalam tempoh sejam.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut meluahkan penghargaan serta terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.

“Dengan rasa rendah diri Faz ucapkan Terima kasih buat anda semua yang Faz kasihi for your endless love and support, my darlings. Semuanya hanya untukmu,” kongsinya. – KopiPlanet.com

The post Koleksi Baharu Tudung Fazura Sold Out, Berjaya Catat Hasil Jualan RM5.4 Juta Dalam Tempoh Sejam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.