Ads Top

Dikatakan Dibesarkan Dengan Cara Tidak Islamik, Puteri Balqis Terkilan Dengan Kenyataan Mia Sara

Pelakon cilik Puteri Balqis meluahkan rasa terkilannya berhubung komen yang dibuat oleh Mia Sara Nasuha menerusi satu komen di TikTok.

Dalam satu perkongsian di Insta Story, Puteri Balqis memuat naik kenyataan Mia Sara yang mengatakan dia dibesarkan dengan cara tidak Islamik.

“Saya baru tahu mengenai perkara ini. Kenapa selebriti Mia Sara menulis perkara buruk tentang saya dan kehidupan saya di TikTok dan memberi komen sebegitu sehingga saya dikutuk ramai orang.

“Jauh di sudut hati, ia sangat menyakitkan saya. Anda telah mengatakan ibu tentang ibu saya, satu-satunya wanita yang paling menyayangi saya. Ia satu kesakitan yang sukar untuk ditanggung,” luahnya.

Biarpun komen yang dibuat Mia Sara itu dibuat pada akhir tahun lalu, tetapi ia kini menjadi sebutan dan juga telah trending di Twitter.

Pada masa sama, Puteri Balqis menegaskan dengan memakai tudung bukanlah tidak bermakna sewenang-wenangnya untuk mengutuk orang lain.

Selain itu, pelakon berkenaan juga menasihati Mia Sara supaya memperbetulkan tatabahasa terlebih dahulu sebelum mengata sesuatu yang buruk tentang dirinya.

“Dengan segala hormat dan hormatnya, sila betulkan tatabahasa anda sebelum mengatakan sesuatu yang buruk tentang saya.

“Ibu saya seorang pakar dalam mendidik saya bahasa Inggeris yang betul. Kami tidak menggunakan sebarang slanga tiktok ‘rempit’ seperti yang anda lakukan di tiktok dan twitter anda,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Dikatakan Dibesarkan Dengan Cara Tidak Islamik, Puteri Balqis Terkilan Dengan Kenyataan Mia Sara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.