Ads Top

“Aturan & Waktu Yang Allah Susun Itu Jauh Lebih Baik” – Neelofa Maklumkan Bilal Sepatutnya Berkongsi Tarikh Lahir Dengannya

Di sebalik umurnya yang hari ini mencecah usia 33 tahun, usahawan dan pengacara Neelofa berkongsi sesuatu yang menarik tentang tarikh 10 Februari.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Neelofa mendedahkan bahawa cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris sepatutnya berkongsi tarikh lahir dengannya.

“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan & waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..

“Hadiah teristimewa buatku , menjadikanku seorang ibu.. semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah & Ummi,” ujarnya.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki setelah usahawan berkenaan selamat bersalin pada 29 Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih lagi belum mendedahkan wajah anak mereka di mana-mana platform media sosial.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. – KopiPlanet.com

The post “Aturan & Waktu Yang Allah Susun Itu Jauh Lebih Baik” – Neelofa Maklumkan Bilal Sepatutnya Berkongsi Tarikh Lahir Dengannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.