Ads Top

Dakwa Ada Fakta Yang Tidak Betul, Ali Puteh Mahu Failkan Rayuan Ke Mahkamah Tinggi

Setelah diperintahkan membayar wang ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah, Ali Puteh membuat keputusan untuk failkan rayuan kes saman fitnah ke Mahkamah Tinggi.

Ali mendakwa, terdapat beberapa fakta yang tidak betul sepanjang dua tahun kes perbicaraan tersebut berlangsung.

“Alhamdulillah, hari ni selesai di Mahkamah Sesyen. Keputusan ini saya akur, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana ada ayat yang tidak betul.

“Fakta yang tu saya tak boleh beritahu kerana ia akan melanggar proses di Mahkamah Tinggi. Apapun keputusan hari ni saya ok, tak ada nak marah atau mengamuk ke,” ujarnya.

Pada bulan Mei tahun lalu, Nor Hidayah yang juga isteri arwah Abam memfailkan saman fitnah terhadap adik iparnya berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Ali, sepanjang dua tahun perbicaraan berlangsung dia sudah bersedia dengan keputusan mahkamah, malah tidak kisah apa sahaja yang diperkatakan netizen.

“Benda ni pun dah dua tahun, saya dah cakap dengan keluarga yang saya memang dah get ready. Kita tahu apa kita buat, tahu apa yang terjadi.

“Kalau saya share lagi di media sosial, ia akan menjadi masalah di Mahkamah Tinggi. Kalau berkenaan netizen, saya risau apa pun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dakwa Ada Fakta Yang Tidak Betul, Ali Puteh Mahu Failkan Rayuan Ke Mahkamah Tinggi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.