Ads Top

Kerajaan Thailand Tukar Nama Bangkok, Ramai Teringat Hiburan ‘Plus-Plus’

Sebut sahaja Bangkok pasti ramai di antara kita yang terbayangkan syurga beli belah, pelbagai makanan enak dan lokasi bangunan tinggalkan sejarah yang cukup unik dan menarik.

Bagi segelintir kaum lelaki pula, Bangkok merupakan ‘syurga’ memandangkan aktiviti hiburan termasuklah urut ‘plus-plus’ begitu mudah dinikmati oleh mereka berhidung belang.

Namun sejak beberapa hari lalu, nama Bangkok tular apabila kerajaan Thailand mengumumkan mahu menukar nama bandar tersebut kepada Krung Trep Maha Nakorn.

Pertukaran nama tersebut juga sudah diluluskan oleh kabinet Thailand namun nama Bangkok masih lagi bebas digunakan.

Kelulusan pertukaran nama yang sedang dalam proses akhir itu sedang diteliti oleh jawatankuasa bertanggungjawab terutama melibatkan soal undang-undang.

Jika melihatkan kembali sejarah negara yang terkenal dengan jolokan Gajah Putih itu, nama Bangkok digunakan secara rasmi pada 2001.

Nama tersebut diambil daripada sebahagian daripada kawasan metropolitan ibu negara tersebut yang dikenali dengan nama Bangkok Noi dan Bangkok Yai.

Manakala nama Krung Thep Maha Nakhon bermaksud kota besar bidadari. Krung ditakrifkan sebagai bandar biasanya merujuk kepada ibu kota. 

Sementara itu, Thep ditakrifkan sebagai bidadari. Maha bermaksud besar dan nakhon bermaksud bandar.

Jika menyusuri sejarah Thailand sendiri, nama Krung Thep bukanlah asing lagi bahi mereka memandangkan gelaran ini sudsh lama wujud.

Kebanyakan orang tua di sana menggunakan gelaran tersebut dengan meluas.

Nama Krung Thep sendiri adalah nama singkatan daripada nama asal Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya.

Pun begitu, pada ketika kerajaan mengumumkan nama baharu untuk Bangkok, ia turut mendapat kecaman dan kritikan daripada masyarakat tempatan.

Pihak berkuasa pula menegaskan hanya akan menggunakan nama baharu ketika melibatkan acara rasmi sahaja manakala nama Bangkok masih diiktiraf.

The post Kerajaan Thailand Tukar Nama Bangkok, Ramai Teringat Hiburan ‘Plus-Plus’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.