Ads Top

Gugurkan Kandungan Atau Ditinggalkan Suami, Perkongsian Wanita Ini Cetus Kesedihan

Jika kebanyakan pasangan teruja dapat memiliki anak yang ramai, ada pula sebaliknya apabila terpaksa berendam air mata apabila dikurniakan zuriat.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Jody Aki menerusi TikTok semalam.

Dia terpaksa menggugurkan anak kedua yang sedang dikandung memandangkan suaminya tidak bersedia untuk menerima orang baharu.

Pasangan ini juga memiliki seorang anak sulung berusia 8 bulan dan pastinya jarak yang terlalu dekat membuatkan si suami memaksa isterinya menggugurkan janin kedua mereka.

Si suami juga mengugut untuk meninggalkan isterinya sekiranya kandungan tersebut diteruskan. Kejam bukan!

Dalam satu perkongsian lain, Jody memberitahu akan menggugurkan kandungan tersebut atas beberapa alasan.

“Saya terpaksa buat juga. Tak mungkin dapat uruskan dua anak berseorangan dari segi fizikal, emosi dan kewangan,” tulisnya.

Meskipun terpaksa mengorbankan anak dalam kandungan, Jody bagaimanapun mendapat sokongan daripada pengikutnya.

“Walaupun ini keputusan yang menyedihkan, ini yang terbaik untuk anda,” kata sorang temannya.

“Teeima kasih kerana berkongsi cerita. Semoga terus kuat dan jadi yang terbaik,” kata pengikut yang lain.

Pun begitu, tak kurang juga yang menyalahkan suaminya kerana tidak bertanggungjawab dan membuat keputusan dengan cara begitu. – KopiPlanet.com

The post Gugurkan Kandungan Atau Ditinggalkan Suami, Perkongsian Wanita Ini Cetus Kesedihan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.