Ads Top

Nynaa Harizal Anggap Kontroversi Yang Berlaku Umpama Mimpi Ngeri Buat Dirinya, Suami Upah Bodyguard Elak Insiden ‘Acu’ Pistol Berulang

Pelakon yang semakin meningkat naik, Nynaa Harizal mengakui kontroversi yang pernah melanda baru-baru ini umpama mimpi ngeri buat dirinya.

Bagaimanapun, Nynaa meluahkan rasa leganya apabila segala kejadian yang berlaku itu telah pun selesai dan kini dia bahagia bersama suami tercinta, Mohamed Fahmi Ilyas. 

“Memang apa yang berlaku sebelum ini uppamma mimpi ngeri bagi saya. Lagipun sejak awal dalam industri saya tak pernah dika itkan dengankontroversi.

“Jadi, apa yang berlaku sebelum ini suatu perkara yang saya tidak sangka sama sekali. Sudah tentu saya berkahwin dan ingin bahagia seperti orang lain” ujar Nynaa.

Pada tahun lalu, Nynaa atau pemilik nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal itu menjadi bualan ramai apabila hilang selama dua minggu.

Malah, pelakon itu juga dikatakan telah ‘diculik’ oleh keluarganya sendiri dan dibawa ke Johor sehingga suaminya terpaksa membuat satu laporan polis.

Kemudian, Fahmi telah membuat tuntutan di mahkamah supaya isterinya itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya pada November 2021.

Sementara itu, Fahmi menjelaskan sebagai suami dia pasti akan berbuat apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga yang baru dibina.

“Apa yang boleh saya katakan, segala kejadian tersebut sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak. Jika perkara ini terjadi lagi saya akan buat tindakan sama demi keluarga.

“Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri,” ujarnya.

Pada masa sama, Fahmi juga menyatakan dia mengupah bodyguard bagi mengelakkan insiden ‘acu’ pistol berulang kembali. – KopiPlanet.com

The post Nynaa Harizal Anggap Kontroversi Yang Berlaku Umpama Mimpi Ngeri Buat Dirinya, Suami Upah Bodyguard Elak Insiden ‘Acu’ Pistol Berulang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.