Ads Top

Jumlah Kes Harian Covid-19 Meningkat, Acara Anugerah MeleTOP Era 2021 Ditunda

Anugerah MeleTOP Era 2021 yang dijadualkan berlangsung esok terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penundaan tersebut terpaksa dilakukan berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.

“Astro sentiasa menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan setiap mereka yang terlibat dengan mana-mana produksi terbitan kami. Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan kami. 

“Di samping itu, kami sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan COVID-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat sebelum bermulanya mana-mana program terbitan Astro,” ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan pemeriksaan pra saringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertai produksi AME2021, sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan. 

Ia termasuk mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun mereka telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga, dan tidak ingin mengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat.

“Justeru, kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan kami ini. Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini telah diambil kerana keselamatan mereka yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Jumlah Kes Harian Covid-19 Meningkat, Acara Anugerah MeleTOP Era 2021 Ditunda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.