Ads Top

“Doakanlah Saya Yang Banyak Lagi Nak Belajar…” Diana Amir Akui Segan Kupas Isu Mengenai Niqab

Sejak kebelakangan ini, pelakon popular Diana Amir dilihat sudah tampil dengan berniqab menerusi beberapa posting yang dimuat naik.

Namun begitu, dalam satu posting terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Diana mengakui segan untuk mengupas isu mengenai niqab.

“Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya.. 

“Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib,” tulisnya.

Menerusi posting berkenaan, pelakon itu turut memuatnaik klip video temubual bersama Hijabista baru-baru ini dengan mengakui mahu mencari keberkatan dan keredaan Allah.

Jelasnya, berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya dalam dan mengharapkan doa daripada orang ramai.

“Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik.

“Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah,” katanya. – KopiPlanet.com

The post “Doakanlah Saya Yang Banyak Lagi Nak Belajar…” Diana Amir Akui Segan Kupas Isu Mengenai Niqab appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.