Ads Top

Fasha Sandha Akui Tak Selesa Warnakan Rambut, Akan Hitamkan Semula Selepas Tamat Penggambaran Drama Khilaf Asmara

Perlu tampil dengan imej berambut warna rambut keperangan, pelakon popular Fasha Sandha mengakui dia berasa agak kekok sehingga membuatkan dirinya berasa malu untuk keluar rumah.

Bercerita mengenai perubahan imejnya itu, Fasha menyatakan seumur hidupnya dia tidak pernah mewarnakan rambut sebegitu dan kini dia melakukan perkara tersebut atas arahan pengarah untuk menjayakan watak sebagai Hanim dalam drama Khilaf Asmara.

“Seumur hidup saya tak pernah warnakan rambut perang macam ni dan memang rasa tak selesa, cuma pengarah yang minta supaya saya nampak berbeza.

“Malah, ini juga pengalaman pertama saya melunturkan rambut (bleach) dan pada mulanya saya memang tak boleh terima sampai malu nak keluar rumah. Apapun lepas tamat penggambaran drama ini, saya akan kembali hitamkan semula rambut,” ujarnya.

Fasha berkata demikian sewaktu ditemui selepas acara sidang media pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2021 di GSC Tropicana Gardens Mall yang berlangsung semalam.

Dalam anugerah tersebut, pelakon berkenaan tercalon dalam kategori Pelakon MeleTop yang menyaksikan dia bersaing dengan Dini Schatzmann, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad serta Couple MeleTOP.

Menurut Fasha, biarpun penampilan rambutnya itu pernah dikritik, namun pelakon itu menegaskan apa yang dilakukannya itu adalah disebabkan kerja.

“Memang rasa tidak selesa dan kekok, namun pada masa saya perlu akur dengan kehendak pengarah. Lagipun penampilan sebegini hanya untuk drama sahaja.

“Sebelum ini pun saya pernah mendapat pelbagai maklum balas bila saya potong rambut pendek masa berlakon filem Badang,” jelasnya.

Pada masa sama, suami kepada Fasha iaitu Aidil Aziz pula menyatakan dia turut memahami penampilan imej baharu isterinya untuk menjayakan watak dalam drama yang dilakonkan.

“Isteri ada beritahu dia tak selesa dengan imej tersebut, tetapi sebagai seorang pelakon, dia faham serta perlu sesuaikan diri kerana ini adalah atas kehendak kerja.

“Apa yang penting, walaupun tampil dengan imej baharu, dia tetap cantik di mata saya,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Fasha Sandha Akui Tak Selesa Warnakan Rambut, Akan Hitamkan Semula Selepas Tamat Penggambaran Drama Khilaf Asmara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.