Ads Top

Hadir Ke Acara KLFW, Siti Nurhaliza Curi Perhatian Pakai Jam Tangan Jenama Mewah Berharga RM1.1 Juta

Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) ternyata telah manjadi perhatian ramai.

Ketika hadir ke acara berkenaan, Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti telah memakai seutas jam tangan jenama mewah iaitu Richard Mille.

Apa yang menariknya, ada netizen yang telah berkongsi harga jam tangan yang dipakai penyanyi tersebut iaitu bernilai lebih RM1 juta.

Selain menjadi perhatian netizen, usahawan sensasi iaitu Iqbal Zulkefli turut memberi komen bahawa jenama jam berkenaan juga merupakan antara kegemarannya.

Malah, ada juga yang telah membandingkan kedua-duanya dengan mengatakan Tok Ti bukanlah seorang artis yang suka menunjuk-nunjuk tentang barang yang dipakainya. – KopiPlanet.com

The post Hadir Ke Acara KLFW, Siti Nurhaliza Curi Perhatian Pakai Jam Tangan Jenama Mewah Berharga RM1.1 Juta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.