Ads Top

Dikecam Netizen Kerana Berjumpa ‘Atuk Grab’… Baby Shima Sedih Niat Baik Disalah Erti, Dianggap Cari Publisiti Murahan

Penyanyi popular, Baby Shima meluahkan rasa sedihnya apabila niatnya bertemu dengan seorang individu viral yang dikenali sebagai ‘Atuk Grab’ telah disalah ertikan oleh netizen.

Luah Baby Shima, dia sendiri tidak faham tentang apa yang dimahukan segelintir netizen sehingga apa yang dilakukannya itu menjadi kesalahan.

“Entahlah… saya pun tak faham. Apa yang saya buat seolah-olah semuanya tak betul. Apabila saya menari ada yang kecam dan maki.

“Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Masih ada yang maki dan dikatakan cari publisiti murahan. Habis tu korang nak saya buat apa?” luahnya yang turut dikatakan cuba berlakon baik demi menutup kontroversi yang dikaitkan dengannya sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini, kisah ‘Atuk Grab’ mula viral dan menjadi perbualan ramai apabila seorang warga emas dilihat masih bekerja sebagai penghantar makanan pada usia 68 tahun demi menyara anaknya.

Dalam masa yang sama, niat Shima bertemu dan menyantuni lelaki itu disalahertikan serta dianggap menunjuk-nunjuk dalam perkara baik.

Ujarnya, pertemuannya dengan individu tersebut berniat ikhlas setelah melihat kegigihannya mencari rezeki dalam usia yang sudah tua.

“Salah ke saya jumpa untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan. Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkata baik tetap nak kecam, agak-agak laa..

“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkata baik kot,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Netizen Kerana Berjumpa ‘Atuk Grab’… Baby Shima Sedih Niat Baik Disalah Erti, Dianggap Cari Publisiti Murahan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.