Aaron Aziz Luah Rasa Sedih Setelah Baca Laporan Dirinya Dikatakan Jadi Salah Satu Punca Penceraian Pasangan Suami Isteri
Pelakon popular Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih setelah membaca laporan sebuah akhbar yang menyatakan dirinya menjadi salah satu punca kes penceraian yang berlaku.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Aaron turut mendoakan agar pasangan yang berpisah disebabkan dirinya agar dapat kembali rujuk semula demi anak-anak.
“Ya Allah… saya baca ini, saya berasa sedih… saya sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia.
“Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah. #Jangankecamabang #Abangtakbersalah #Perkarayangabangtidakinginberlaku,” tulisnya.
Sebelum ini, sebuah akhbar telah melaporkan beberapa faktor menjadi alasan perceraian pasangan suami isteri antaranya permainan dalam talian PUBG, produk bekas makanan dan Aaron Aziz.
“PUBG, Tupperware, Aaron Aziz, antara alasan cerai,” tulis tajuk di artikel tersebut yang disiarkan pada Jumaat.
Apa yang mencari perhatian, menerusi laporan berkenaan, isteri terlalu meminati Aaron Aziz menjadi salah satu punca kes perceraian pasangan Islam di Malaysia. – KopiPlanet.com
The post Aaron Aziz Luah Rasa Sedih Setelah Baca Laporan Dirinya Dikatakan Jadi Salah Satu Punca Penceraian Pasangan Suami Isteri appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: