Video Intan Ladyana Ketika Disolek Nampak Baby Bump Curi Tumpuan Peminat
Biarpun ramai yang menjangkakan pelakon popular Intan Ladyana kini sedang berbadan dua, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat sama ada Intan atau suaminya, Harris Alif.
Ternyata menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang individu bernama @adekkwann telah mencuri tumpuan peminat.
Dalam video berkenaan, ternyata kelihatan sangat jelas baby bump pada Intan sewaktu dia sedang disolek.
Ternyata rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah kepada pelakon berkenaan dan teruja melihat keadaannya yang sedang berbadan dua.
Namun begitu, ada juga yang menyelar tindakan individu berkenaan memuat naik video tersebut memandangkan Intan dan suami belum membuat sebarang kenyataan.
Bagaimanapun, individu itu menyatakan dia sudah meminta izin kepada Intan terlebih dahulu sebelum memuatnaik video tersebut di TikTok.
“Sebelum I record I mintak izin. And dia pun ada je shooting time mengandung. Don’t worry ok.
“Dia ok je. And dia memang memang baik and lembut orangnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Video Intan Ladyana Ketika Disolek Nampak Baby Bump Curi Tumpuan Peminat appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: