Terima Tekanan, Kemurungan & Rasa Tidak Selamat Jika Dimasukkan Ke Penjara Lelaki Jadi Punca Sajat Terpaksa Lari Ke Luar Negara
Usahawan sensasi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan perkara sebenar yang menjadi punca sehingga dia terpaksa melarikan diri ke luar negara.
Dalam satu temubual secara live di YouTube bersama Harith Iskandar semalam, apa yang didedahkan kepada orang ramai sebelum ini adalah salah.
“Saya telah menerima tekanan yang sangat luar biasa daripada pihak tertentu yang menyebabkan saya kemurungan dan alami tekanan.
“Malah, dengan keadaan yang dialami itu menyebabkan saya pernah terfikir untuk bunuh diri sehingga saya terpaksa jalani rawatan mental di hospital dan mengambil ubat.
Sajat berkata, dengan keputusan yang dibuat untuk lari ke luar negara itu menyebabkan dia terpaksa meninggalkan segala-galanya, termasuklah perniagaan dan anak angkat yang dibelanya sebelum ini.
Jelasnya, melarikan diri juga merupakan keputusan terakhir yang terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan dirinya daripada dimasukkan ke penjara lelaki.
“Kalaulah saya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun, saya akan diletakkan dalam penjara lelaki. Dengan keadaan saya sekarang sebagai seorang transwomen, mesti saya rasa tidak akan selamat,” ujarnya.
Sebelum ini, Sajat menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia sehingga dia berjaya menyusup keluar ke negara Thailand dan kini sudah berada di Australia untuk memulakan kehidupan baharu. – KopiPlanet.com
The post Terima Tekanan, Kemurungan & Rasa Tidak Selamat Jika Dimasukkan Ke Penjara Lelaki Jadi Punca Sajat Terpaksa Lari Ke Luar Negara appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: