Ads Top

Shuib Akui Terkejut Apabila Dikatakan Ada Artis Wanita Cuba Mendekati Dirinya

Pelawak dan usahawan popular, Shuib mengakui dirinya agak terkejut apabila dikatakan ada artis wanita yang cuba mendekati dirinya. 

Shuib berkata, dia sendiri tidak tahu dan menafikan mengenai perkara berkenaan.

“Memang saya tak tahu langsung… siapa ya? Allahuakhbar, saya tidak tahu.  Sekarang  ni pun memang tidak ada wanita yang cuba mendekati saya.

“Ketika ini saya lebih menumpukan untuk membesarkan keempat-empat anak saya, terutama sekali Ayash Affan yang baru berusia dua bulan,” jelasnya.

Shuib berkata demikian.ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersaman Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah, Putrajaya yang berlangsung baru-baru ini.

Jelasnya, buat masa ini soal jodoh bukanlah keutamaan buat dirinya belum bersedia untuk mencari pengganti arwah isterinya dan

menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dalam pada itu, Shuib menyatakan jika ditakdirkan berkahwin lagi, dia hanya mahukan seorang wanita yang boleh menerima anak-anak kerana itulah yang paling menjadi keutamaan buat dirinya.

“Sudah tentu saya tidak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arwah dah berada dalam kelasnya yang tersendiri.

“Cuma pasti ada kriteria yang saya akan tetapkan. Lagipun soal perkahwinan ini bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk kepentingan anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

Shuib dan arwah Sarah, mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Mereka kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan. – KopiPlanet.com

The post Shuib Akui Terkejut Apabila Dikatakan Ada Artis Wanita Cuba Mendekati Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.