Ads Top

Akibat Jarak & Komunikasi Terbatas, Hubungan Cinta Hafiz Hamidun Dengan Seorang Selebriti Indonesia Sudah Berakhir

Komposer dan penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun mengakui bahawa hubungan cinta bersama seorang selebriti Indonesia sudah pun berakhir.

Hafiz berkata, hubungan mereka tidak dapat diteruskan kerana kesukaran untuk memberi komitmen disebabkan hubungan jarak jauh dengan dugaan pandemik Covid-19 serta komunikasi yang terbatas.

“Disebabkan Covid-19 ini telah membataskan saya untuk bertemu dengan sesiapa. Jadi, komitmen terhadap hubungan jarak jauh tidak boleh diteruskan.

“Sebenarnya ia memang sesuatu yang agak suka dan saya fikir adalah lebih baik saya fokus kepada kerja dan keluarga kecil saya sekarang,” ujarnya.

Hafiz berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual pelancaran album penuh Zikir Terapi Diri yang berlangsung baru-baru ini.

Tidak menutup pintu hati untuk kembali mendirikan rumah tangga, Hafiz bagaimanapun menyatakan dia tidak meletakkan sebarang tempoh tertentu.

“Sekiranya ada jodoh nanti, apa yang lebih penting wanita itu bukan sahaja dapat menerima diri saya, tetapi juga anak angkat saya iaitu Hamdee,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hafiz mengumumkan kemunculan album penuh studio ke sembilan beliau, Zikir Terapi Acapella, menerusi Arteffects dan Universal Music Malaysia, syarikat muzik utama tanah air.

Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. Album fizikal Zikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatkan lebih 100 juta tontonan di YouTube.

“Alhamdulillah… selepas 10 tahun akhirnya saya memberikan nafas baru terhadap album Zikir Terapi ini. Sebenarnya, saya sudah keluar dengan empat album zikir sehingga buntu untuk menghasilkan yang baru.

Menariknya, ini merupakan antara album yang paling berjaya pernah diterbitkan di Malaysia. Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz telah mengambil keputusan untuk Kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.

Penerbitan album ini sangat luar biasa; meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan oleh Kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini telah diterbitkan secara maya, di mana Hafiz terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi berikutan keterbatasan dan kekangan operasi.

Walaubagaimanapun, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam, diadun dan melalui proses mastering selama sebulan.

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitkan versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee. Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital di YouTube.

Album Zikir Terapi Acapella telah diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun dan merupakan kerjasama penerbitan di antara label miliknya Arteffects dan Universal Music Malaysia. – KopiPlanet.com

The post Akibat Jarak & Komunikasi Terbatas, Hubungan Cinta Hafiz Hamidun Dengan Seorang Selebriti Indonesia Sudah Berakhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.