Ads Top

Pakar Psikologi Anggap Tindakan Seperti Yuni Shara Beri Izin & Teman Anak Tonton Filem Lucah Adalah Membahayakan

Baru-baru ini, penyanyi Yuni Shara membuat pendedahan berani apabila mengakui menonton filem lucah bersama dua orang anaknya.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh kakak kepada Krisdayanti ini mendapat maklum balas seorang pakar psikologi iaitu Agstried Piether.

Jelas Agstried, tindakan penyanyi itu memang wajar dipuji sekiranya dia tidak memarahi kedua-duanya anaknya itu kalau mereka tertangkap ketika menonton filem lucah.

“Kalau kita menangkap anak menonton filem lucah, walau sepanik mana sekalipun sebaiknya kita tidak perlu terus marah kerana nanti mereka akan terus menontonnya secara diam-diam.

“Sebaliknya, kita perlu tanya apa yang buat mereka menonton? Perasaan ingin tahu? Terikut-ikut dengan kawan? Kemudian barulah kita akan dapat memberi pendidikan seks yang baik kepada mereka berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan, bukan kerana filem lucah,” ujarnya.

Jelasnya, perkara paling bahaya apabila membenarkan anak-anak menonton filem lucah adalah kesalahan fakta yang ditunjukkan.

Menurutnya, anak-anak akan membesar dan menyangka bahawa ia adalah perkara yang benar dan akan terikut-ikut seperti apa yang mereka tonton dalam filem lucah.

“Sedangkan ia tidaklah sebegitu dan lebih baik kita biasakan anak-anak mendapatkan maklumat dengan cara yang betul.

“Selain itu, jangan lupa berikan pendidikan seks yang bersesuaian dengan usia anak,” ujarnya.

Tegasnya lagi, anak-anak perlu dimaklumkan bahawa aksi filem lucah bukanlah menggambarkan hubungan seksual yang sebenar.

“Kandungan seksual dalam filem lucah tidak memberikan fakta sebenar dan ia boleh memberikan didikan yang salah kepada anak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pakar Psikologi Anggap Tindakan Seperti Yuni Shara Beri Izin & Teman Anak Tonton Filem Lucah Adalah Membahayakan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.