“No Money No Talk” – Zarina Anjoulie Minta Bayaran RM5,000 Kepada Wartawan Yang Mahu Interview
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie meminta bayaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana wartawan yang ingin interview dirinya.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri olehnya menerusi satu posting di akaun Instagram.
“Salam pada para-para reporter kalau nak interview saya fee nya RM5k.
“Alang-along korang nak using cerita atleast berbayar,” tulisnya.
Baru-baru ini, pelakon berkenaan dikatakan adalah selebriti yang telah ditahan polis kerana kes penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, selebriti wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan. – KopiPlanet.com
The post “No Money No Talk” – Zarina Anjoulie Minta Bayaran RM5,000 Kepada Wartawan Yang Mahu Interview appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: