Ads Top

Sokong Perjuangan Palestine, Mimi Lana Tolak Sesi Fotografi Bersama Jenama Antarabangsa Dior

Pelakon popular Mimi Lana telah menolak tawaran untuk mengadakan sesi fotografi bersama jenama terkenal antarabangsa Dior.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menerusi mesej bersama pihak Dior.

“Saya minta maaf untuk memberitahu anda perkara ini. Saya tak dapat buat your Dior photoshoot esok.

“Saya dapat tahu Dior telah menamatkan kontrak Bella Hadid kerana menyokong Palestin. Ia adalah perkara yang sangat sensitif untuk umat Islam di negara ini jika saya memuat naik berkenaan dengan Dior,” jelasnya.

Pada masa sama, Mimi menyatakan dia tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Bella Hadid.

Dalam pada itu, tidak dinafikan Mimi antara artis Malaysia yang kerap memuatnaik berkenaan Palestin di Instagram miliknya. – KopiPlanet.com 

The post Sokong Perjuangan Palestine, Mimi Lana Tolak Sesi Fotografi Bersama Jenama Antarabangsa Dior appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.