Ads Top

Siti Saleha Terlibat Dengan Aktiviti Money Laundering, Bantu Buat Pemindahan Wang Ke Luar Negara?

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan aktiviti money loundering dengan penahanan beberapa individu.

Yang terbaharu, pelakon popular Siti Saleha dikatakan terlibat dengan aktiviti sama serta dikatakan membantu membuat pemindahan wang ke luar negara tanpa diketahui Bank Negara.

Bagaimanapun, itu semua hanyalah sekadar lakonannya menerusi drama terbaharu berjudul Scammer yang ditayangkan di Astro.

Menceritakan tentang drama berkenaan, Saleha menjelaskan bahawa dia membawakan watak seorang peguam bernama Amy.

Ujarnya, dia tertarik untuk membintangi drama berkenaan kerana tidak pernah membawakan watak sebegitu sebelum ini.

“Boleh dikatakan watak Amy ni antara karektor yang belum pernah saya lakonkan sebelum ini dan itu yang buat saya tertarik.

“Kalau melihat pada karektor watak ini, ia adalah satu watak antagonis dan saya terus bersetuju selepas membaca skrip dan jalan ceritanya,” ujarnya.

Drama Scammer mengisahkan tentang Amy, seorang peguam bela penjenayah yang terkemuka dan dia mahu gunakan kepakaran Joe (Kamal Adli) yang juga bekas kekasihnya dalam selok-belok perbankkan dan ‘money laundering’ untuk memindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi.

Tergoda dengan tawaran gaji yang tinggi, Joe setuju bekerja dengan Amy. Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong mengarahkan mereka ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.

Dalam pada itu, Siti Saleha berkata, dapat berlakon dalam drama bersiri ini juga telah memberi kebaikan buat dirinya.

Jelasnya, sebelum ini dia kurang pemahaman tentang scammer ini serta aktiviti money laundering yang sering diperkatakan.

“Apabila mula berlakon drama Scammer ini, banyak benda yang saya tahu mengenainya, terutama sekali berkenaan cuci duit haram, penipuan secara online dan ia memang sering berlaku dalam masyarakat.

“Bagi saya jalan cerita sebegini harus diketengahkan supaya lebih ramai orang yang tahu tentang isu-isu sebegini,” ujarnya.

Drama yang diarahkan Norhanisham Muhammad itu juga menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Didie Alias.

Diterbitkan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd, Scammer sudah mula ditayangkan pada 24 Mei lalu pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria sebanyak 20 episod. – KopiPlanet.com

The post Siti Saleha Terlibat Dengan Aktiviti Money Laundering, Bantu Buat Pemindahan Wang Ke Luar Negara? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.