Ads Top

Neelofa, PU Riz Bayar Ikat Jamin RM15,000, Sebut Semula Kes Bermula 4 Jun Ini

Usahawan dan selebriti , Neelofa suaminya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail telah membayar ikan jamin sebanyak RM15,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

PU Riz diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan, manakala Neelofa pula diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Haris didakwa atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam sekitar pukul 4.00 petang di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, Neelofa pula dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd pada waktu dan tarikh yang sama.

Pasangan tersebut dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling manakala kedua-dua pasangan berkenaan diwakili peguam Haresh Mahadevan.

Sementara itu, Nor Azizah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap PU Riz manakala RM10,000 terhadap Neelofa bagi kesalahan didakwa.

Majistret kemudiannya membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Noor Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes.

Dalam pada itu, Haresh Mahadevan berkata, pihaknya tidak meminta rayuan jaminan kerana kedua-dua anak guamnya berdepan dengna kes saman dan bukannya kes jenayah.

Berhubung dengan isu rentas negeri bagi kedua-dua pasangan itu, Haresh berkata, isu tersebut tidak dibangkit dan sebaliknya mengikut pertuduhan mahkamah. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Bernama

The post Neelofa, PU Riz Bayar Ikat Jamin RM15,000, Sebut Semula Kes Bermula 4 Jun Ini appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.