Ads Top

Jenama FaraAlya Dapat Sambutan Hangat, Suami Hadiahkan Datin Ezan Kereta Mewah

Sejak dilancarkan awal bulan yang lalu, tiada siapa yang menyangka jenama pakaian FaraAlya bakal mendapat sambutan hangat dalam tempoh yang singkat. 

Pengasasnya, Datin Hamizan Puteh berkata, daripada sebuah nama yang asing, kini FaraAlya yang menjadi taruhan dan rebutan bukan sahaja pelanggan tempatan tetapi ada juga permintaan dari luar negara.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. 

Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua design habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” katanya yang turut dikenali sebagai Datin Ezan.

Beliau berkata, ini sebenarnya amat mengejutkan memandangkan  dirinya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bisnes pakaian. 

Jelas beliau lagi, ia juga membuktikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru seperti FaraAlya mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri mengasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.

“Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” katanya.

Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid19 membuatkan ramai terkesan. Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.

Menganggap ini merupakan rezeki buat FaraAlya, beliau menegaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertama jenama ini menawan hati pengguna.

“Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal. 

“Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja,” katanya yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri.

Menariknya, ‘kejayaan’ membawa jenama FaraAlya ini turut mendapat perhatian daripada suaminya yang baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya.

Menganggap ini juga pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Datin Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan.

“Dalam berumah tangga ni memang perlu saling sokong menyokong. Bila ada sokongan suami, ia memberikan semangat berganda buat saya untuk berjaya. 

“Ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang selalu ada, mereka juga memberikan inspirasi,” tambahnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Jenama FaraAlya Dapat Sambutan Hangat, Suami Hadiahkan Datin Ezan Kereta Mewah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.