Ads Top

(Video) ‘Joki’ Cilik Curi Tumpuan, Buat Fb “Live” Jual Baju “Bundle” Hingga Dapat 13k “Viewers”, Ada Yang “Lock” Sampai 100 Helai

Sebut saja ‘bundle’, mesti dah terbayang dalam kepala aksi-aksi kreatif abang penjual bundle yang bersiaran secara ‘live’ di Facebook. Ada yang sanggup ‘live’ sampai pukul dua tiga pagi semata-mata nak ‘tarik’ orang.

Selalu juga abang-abang bundle ni buat pelbagai promosi harga, demi nak pastikan bajunya ‘laku keras’ dibeli orang. Nama pun baju bundle kan, mestilah murah, cantik dan paling penting, barang ‘ori’ walaupun terpakai.

Bercerita tentang ‘live bundle’ ni, tahukah korang yang peniaga bundle ni tak semestinya lelaki dewasa saja, malah ada juga akak-akak berpangkat makcik pun sama. Seronok tengok diorang ni berusaha gigih berniaga di depan kamera.

BACA: Makcik Buat “Fb Live” Sampai 3 Pagi Cari Rezeki Jual Baju “Bundle” Menangis Terharu Ada Yang “Lock” Sampai 100 Helai Nak Beli

Adik joki bundle buat live capai ‘views’ hampir 400k

Percaya tak korang, kat Sabah sana ada seorang adik ni memang cukup terkenal beraksi di depan kamera sambil menjual baju-baju bundle nya. Pengguna Facebook cilik, Joki Aliboy Bundle Viral sering memeriahkan ruang maya dengan sesi FB Live tentang jualan bundle nya.

Dia punya penangan tu, sampaikan FB Live nya viral teruk di seluruh negara, hingga ditonton sekali oleh netizen di negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.

Kalau kita yang dewasa buat FB Live, nak capai 100 views pun ‘sakit’. Tapi korang percaya tak, adik ni kalau buat live, dia punya views yang viral ‘gila-gila’ tu boleh cecah sampai hampir 400,000 views.

Difahamkan, adik Joki ni merupakan anak jati Beluran, Kota Belud, Sabah. Kalau dengar dia berceloteh pun, memang ‘piaw’ betul loghat Sabahannya. Kita yang dewasa ni pun syok pula mendengarnya.

Setiap kali dia bersiaran langsung, pasti live nya akan ditonton oleh ribuan viewers. Agaknya mungkin ramai yang begitu berminat dengan usahanya yang  berniaga cara orang dewasa..biarpun usianya masih ‘setahun jagung’.

Tidak hanya bersendirian, ada juga beberapa rakan yang lain, dipercayai seusianya juga turut membantu bersiaran langsung bersama-sama. Kejap mereka bercakap, kejap menari, kejap menjawab komen-komen netizen. Memang tak kekok langsung.

Kisah FB live bundle adik Joki ini sangat terkenal dalam kalangan netizen di negeri Borneo itu. Salah seorang netizen yang berkongsi tentangnya adalah Zam Lukman di group Pendengar Radio Tempatan Sabah.

Menurutnya, ketika adik ni buat live, ada seorang netizen a.k.a. customer tu seronok betul. Dan yang paling best, dia siap boleh terus ‘lock’ nak beli 100 helai baju.

Bertuah betul si adik Joki ni. Dan bukan itu saja, malah ramai lagi netizen lain yang tonton live ni berpakat nak beli banyak-banyak dengan niat nak bantu lariskan jualannya.

Tak kurang juga, ada yang ‘borong’ habis baju-baju bundle adik Joki ni semata-mata nak bersedekah. Bak kata Shuib dalam Sepahtu Reunion, ‘Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. Kalau dia nak dapat, dia dapat’.

Jom kita tengok komen-komen netizen yang best-best. Korang pun mesti salute punyalah dengan adik Joki ni.

“Beli sebab nak sedekah,”

“Moga adik murah rezeki..”

“Kalau sorang beli RM10, 100 orang dah RM1,000,”

“Kerja sekolah jangan lupa buat,”

“Datang bukan nak beli sangat, tapi nak tengok gelagat,”

Taknak cakap banyak, apa kata korang layan FB live adik Joki  kat bawah. Manalah tahu kot-kot korang pun berminat nak beli jugak ke kan.

Barang bundle beb. Kualiti terbaik, murah, mampu milik dan harga berjiwa rakyat. Bak kata adik Joki, ‘Malu apa bosskuuu,”. Jom layan live ni.

Assalammualikum guys masuk kamu maboys kita bersama lagi dengan Joki Aliboy Bundle Viral

Posted by Sharifah Amalina Bani on Thursday, April 8, 2021

Sumber: Joki Aliboy Bundle Viral / Zam Lukman

The post (Video) ‘Joki’ Cilik Curi Tumpuan, Buat Fb “Live” Jual Baju “Bundle” Hingga Dapat 13k “Viewers”, Ada Yang “Lock” Sampai 100 Helai appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.