Ads Top

(Video) Dua-dua Tanggungjawab, Nurse Bangun Awal & Hanya Mampu Siapkan Anak Dalam Kereta “Otw” Kerja Setiap Hari

Pengorbanan seorang ibu sememangnya perlu dihargai, tidak terbayang segala penat lelah yang dicurahkan mereka untuk seisi keluarga.

Ditambah pula jika mempunyai kerjaya, pasti hari-hari mereka akan dipenuhi dengan kesibukan di antara memenuhi keperluan keluarga dan kerja.

Pun begitu, mereka tetap akan cuba memberikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak walau apa jua keadaan sekalipun dan tidak pernah mengeluh.

Walaupun kadang-kadang rushing untuk ke tempat kerja, ibu-ibu pasti akan menguruskan anak-anak dengan sebaiknya.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Nurul di TikTok ini, dia merakamkan situasi yang dihadapi olehnya setiap hari dalam menguruskan anak dan pada masa yang sama bergegas untuk ke tempat kerja.

Menerusi video itu, dapat dilihat dia menyikat rambut anaknya di dalam kereta.

Semoga urusan kita dipermudahkan

@uyunisa32

stp hari cmni laa. rushing nk kj..so akan siapkan ank dlm keta..anak pn terpaksa bgn awal.jarak umh ke tmpt kj +-30km.semoga urusan kita dipermudahkan

♬ original sound – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ – ᴀʟᴀɴ ʟᴜʙɪᴤ

Dia yang bekerja sebagai jururawat itu mengatakan bahawa jarak rumahnya ke tempat kerja lebih kurang 30km. Kerana anak perlu dihantar ke sekolah, dia perlu berangkat lebih awal.

“Setiap hari camni la. Rushing nak kerja, so akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 30km,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat pengorbanannya dan ada ibu-ibu yang menceritakan mengenai pengalaman masing-masing.

Sumber: Uyunisa32

The post (Video) Dua-dua Tanggungjawab, Nurse Bangun Awal & Hanya Mampu Siapkan Anak Dalam Kereta “Otw” Kerja Setiap Hari appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.