Tak Muat Ikut Pintu, Lelaki Pecahkan Dinding Nak Masukkan Akuarium Besar Dalam Rumah
Bila dah minat sangat pada sesuatu benda, pasti setiap orang akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelanjakan wang yang banyak.
Mungkin kadang-kadang ia dilihat tidak masuk akal di mata sesetengah orang tetapi ia memberikan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan.
Sama juga bagi pencinta ikan hiasan atau ikan laga, ada yang sanggup menghabiskan ratusan atau ribuan ringgit bagi membela ikan tersebut.
Pun begitu, anda mungkin akan terkejut melihat usaha yang ditunjukkan oleh lelaki ini yang membeli akuarium yang besar untuk diletakkan di dalam rumah.
Apa yang menarik perhatian, akuarium itu dilihat terlalu besar sehingga tidak lepas untuk dimasukkan menerusi pintu rumah.
Tapi nampaknya ada penyelesaian yang sungguh tak terjangka yang membuatkan orang ramai merasa kagum dan terhibur.
Manakan tidak, akuarium itu dimasukkan melalui dinding yang dipecahkan.
Perkongsian Stanley Ng Chee Yong di Facebook ini memperlihatkan bagaimana ‘proses’ memasukkan akuarium itu ke dalam rumah dengan jayanya tanpa perlu melalui pintu utama.
Kegigihannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bagaikan tidak percaya dinding itu sanggup dipecahkan demi memasukkan akuarium itu.
ē·äŗŗ认ēčµ·ę„ēę¶å,ę²”ä»ä¹åÆ仄é»ę¢ę们!ęęäøäøŖęåēé±¼ē¼øå¤äø¤äøŖē¤¼ęå°!
Posted by Stanley Ng Chee Yong on Thursday, April 8, 2021
Sumber: Stanley Ng Chee Yong
The post Tak Muat Ikut Pintu, Lelaki Pecahkan Dinding Nak Masukkan Akuarium Besar Dalam Rumah appeared first on Siakap Keli.
No comments: