Ads Top

Ifa Raziah Sedia Hadapi Risiko Untuk Anjurkan Starvendors Mega Raya Fest 2021

Penyanyi dan pelakon popular Ifa Raziah menyatakan dirinya bersedia untuk berhadapan dengan segala risiko bagi menganjurkan karnival Starvendors Mega Raya Fest 2021.

Ifa berkata, apa yang dilakukan ini adalah semata-mata mahu membantu usahawan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sebelum ini supaya dapat menjalankan perniagaan mereka menjelang kehadiran bulan Syawal.

“Tahun ini memang agak sukar untuk yakinkan vendor menyertai program ini, terutama sekali mereka risau jika wang tidak dikembalikan jika karnival ini dibatalkan.

“Apa yang boleh saya jamin, wang akan saya kembalikan jika ia dibatalkan dan mereka yang ingin serta tidak perlu risau. Macam tahun lepas, saya pulangkan semua wang vendor, biarpun terpaksa berhadapan kerugian,” ujarnya.

Ifa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang media carnival Starvendors Mega Raya Fest 2021 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Karnival Starvendors Mega Raya Fest 2021 akan berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2021 dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam selama 14 jam tanpa henti bertempat di Hall 4 Dewan Tun Razak, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr.Ismail, World Trade Centre.

Sebanyak 300 lebih booth di sediakan dan lebih 400 jenama tanah air majoritinya dimiliki usahawan bumiputera . Turut memeriahkan acara ini adalah 50 selebriti dan artis tanah air terkenal membawa jenama mereka sendiri.

Antara selebriti yang turut menggegarkan Starvendors tahun ini ialah Dato AC Mizal, Datuk Seri Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Liza Hanim, Zizi Kirana, Bob Yusof, Zoey Rahman, Shila Amin, Amelina , Putera Amaris, Kumpulan Rabbani, Nana Mahazan, Syamel dan Erni Zakri, Yonnyboii, Tuju & Noki K-clique, Zulin Aziz dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Ifa berkata bagi menganjurkan acara dengan norma baharu, pihak Starvendors akan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung penyebaran Covid-19.

“Segala langkah berjaga-jaga akan diambil seperti pemeriksaan suhu, aplikasi My sejahtera, sanitasi di setiap ruang legar dan penjarakkan sosial.

“Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan untuk dibawa dan had umur sehingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk,” ujarnya.

The post Ifa Raziah Sedia Hadapi Risiko Untuk Anjurkan Starvendors Mega Raya Fest 2021 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.