Ads Top

(Video) 6 Hari Terkandas, Kapal Ever Given Yang Tersekat Di Terusan Suez Dilapor Berjaya Dialihkan

Selepas hampir seminggu tersekat di Terusan Suez, kapal  Ever Given dilaporkan telah berjaya diapungkan semula.

Menurut penyedia perkhidmatan maritim, Inchcape di laman Twitter, kapal itu berjaya dibebaskan dari tersekat pada jam 4.30 pagi waktu tempatan, lapor Reuters.

Pun begitu, sama ada terusan itu terus dibuka untuk lalu lintas masih lagi tidak diketahui.

Kapal sepanjang 400 meter itu tersekat secara menyerong di terusan itu pada Selasa lalu dan menyebabkan kapal yang lain tidak dapat melalui terusan itu.

Sekurang-kurangnya 369 kapal ‘sedang menunggu’ untuk melintasi terusan itu termasuk puluhan kapal kontena, kapal pukal, kapal tangki minyak dan kapal gas asli cecair.

Sumber: Reuters, Bloomberg

The post (Video) 6 Hari Terkandas, Kapal Ever Given Yang Tersekat Di Terusan Suez Dilapor Berjaya Dialihkan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.