Ads Top

Pengalaman Menoton Filem… Memahami Pawagam Pilihan Anda

Pada penulisan yang lepas, penulis pernah menyentuh bahawa pawagam mempunyai ‘kuasa’ yang tersendiri dalam memastikan ianya kekal diminati dan mampu mengekalkan sokongan masyarakat untuk terus menyokongnya.

Memang betul, tunjang utama pawagam ialah filem. Maka falsafah umum mentafsirkan bahawa bila menyebut pawagam maka tujuannya adalah untuk menonton filem.

Namun dalam falsafah moden, ianya mentafsir maksud yang lebih besar dan tafsiran itu lebih subjektif kepada pengalaman menonton filem.

Dalam menghurai kuasa yang disebut ini, dan diterjemahkan dalam aspek pengalaman luar biasa pawagam, ianya akan dikaitkan dengan teknologi dan struktur.

Teknologi pawagam dalam era moden lahir dalam pelbagai bentuk. Bermula dari rekaan infrastruktur bangunan yang melibatkan konsep luaran dan struktur kawalan bunyi, hinggalah kepada fasiliti khusus, ia akan mempunyai tarikan yang kuat dan mampu memberikan kepuasan sebenar dalam menonton filem.

Pada penulisan kali ini, penulis akan memberikan beberapa kuasa teknologi tarikan yang tergolong dalam penawaran pawagam moden.

  1. Sistem Bunyi – Pawagam kini banyak menawarkan sistem bunyi yang hebat dalam bentuk digital seperti Dolby 5.1, Dolby 7.1, Dolby Atmos dan lain-lain. Sistem ini banyak dipengaruhi dengan jenama peralatan suara itu sendiri seperti pioner, sony, NEC dan lain-lain.
  2. Layar Tayangan – Kalau kita perasaan, layar pawagam ada dalam bentuk rata, melengkung, kecil, sederhana malah ada yang bersaiz besar seperti IMAX, Giant Screen, Starium, GSC Maxx dan lain-lain. Penentuan layar ini akan memberikan pengalaman berbeza ketika menonton. Jadi, kita sebagai penonton harus layak mengetahui dewan mana yang menawarkan kemudahan ini.
  3. Saiz Pawagam – Kategori ini akan menentukan bentuk layar yang disediakan dan yang paling penting struktur tempat duduk. Ini kerana saiz pawagam akan memberikan kita keselesaan posisi samada duduk di tengah, depan ataupun tepi.
  4. Format Tayangan – Mungkin kita terlepas pandang kategori ini. Dalam era digital, format yang paling popular ialah format tayangan 2D kerana ianya masih bersifat konvensional. Namun, jangan dilupa, kita masih ada pilihan untuk format tayangan 3D dan juga 4D.
  5. Fasiliti Kerusi Dan Pawagam Khas – Di beberapa rangkaian kini, wujud tawaran dalam teknologi kerusi moden dalam pawagam khas. Antara yang ditawarkan seperti 4DX, D-BOX, Kerusi Platinum, Kerusi Berpasangan, Kerusi Baring dan lain-lain. Sudah tentulah suasana dalam kategori pawagam ini luar biasa dan bersifat ekslusif.

Persoalannya, apa pilihan pawagam anda? Dan tanpa anda sedari, inilah antara faktor yang menyebabkan kita ke pawagam kerana ianya menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa.

Kalau bagi penulis, antara isu di atas, penulis memilih sistem bunyi pawagam yang menggunakan sistem jenama MAG dari Ukrain yang kini ada di Malaysia. Ia luar biasa.

Pilihan faktor yang lain, kita berbicara lain waktu. Akan datang, kita sentuh pasal Menu Pawagam. Ini juga istimewa dan klasik. – KopiPlanet.com

The post Pengalaman Menoton Filem… Memahami Pawagam Pilihan Anda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.