Ads Top

“Muka Cantik Macam Ni Nak Menyorok, Baik Tak Payah Jadi Cantik” – Sajat Nafi Menyorok Daripada Ditangkap Polis

Setelah agak lama mendiamkan diri, usahawan kontroversi, Sajat telah memuat naik satu video di YouTube semalam.

Menerusi video sepanjang lebih dua minit itu, Sajat menafikan dirinya sedang menyorok.

“Muka cantik macam ni nak menyorok, baik tak payah jadi cantik … Tak baik cakap kita menyorok. Masa bila kita jadi pelarian, buat apa nak jadi pelarian.

“Menyorok daripada ditangkap polis, merepek je. Orang cantik sentiasa jadi perhatian. Saya tak menyorok, hanya diamkan diri daripada Instagram,” ujarnya.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan susulan kegagalannya untuk hadir bagi sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post “Muka Cantik Macam Ni Nak Menyorok, Baik Tak Payah Jadi Cantik” – Sajat Nafi Menyorok Daripada Ditangkap Polis appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.