Ads Top

Ikut Jejak Langkah Abang & Kakak Ceburi Bidang Seni, Alif Ali Muncul Dengan Single My Boo

Nama pelakon Wanna Ali ketika ini semakin dikenali ramai sebagai seorang pelakon, malah sebelum ini pernah mencipta nama selaku seorang penyanyi dah pernah menghasilkan beberapa buah single.

Manakala abang Wanna iaitu Fian Ali juga turut berkecimpung dalam dunia nyanyian dan pernah menghasilkan single Semakin Benci Semakin Rindu, malah kini membuat comeback dengan lagu Ala Shayang.

Kali ini, tiba pula giliran Alif Ali untuk mengikut jejak abang dan kakaknya dengan bergelar sorang penyanyi menerusi single baharu berjudul My Boo.

Menurut penyanyi yang baru sahaja berusia 16 tahun itu, Alif menjadikan abang dan kakaknya itu sebagai pendorong untuk melangkah ke bidang nyanyian.

“Sebenarnya saya agak pemalu ketika mahu memulakan langkah dalam bidang ini. Cuma apabila melihatkan abang dan kakak sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu dan saya mula memberanikan diri merakamkan lagu My Boo.

“Apabila masuk sahaja ke studio rakaman, memang banyak perkara baharu yang saya pelajari. Boleh dikatakan rasa seronok masuk ke studio rakaman,” katanya.

Tidak menyembunyikan perasaan seronok merakamkan lagu, Alif menyatakan ia bukan suatu proses yang mudah. Jika sebelum ini dia menganggap proses rakaman lagu mudah untuk dilalui, hakikatnya tidak seperti yang digambarkan.

Jelasnya, dia perlu memahami proses rakaman satu persatu sebelum proses rakaman selain memberikan jiwa kepada setiap lirik yang ada.

“Sudah tentu ini merupakan peluang terbaik untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian dan berharap kehadiran saya diterima ramai,” jelasnya.

My Boo merupakan lagu ciptaan Sheikh Baseer turut dirunut bunyi drama Baby Tak Gila yang sudah ditayangkan di Unifi TV pada 10 Mac hadapan.

Lagu yang begitu dekat dengan jiwa remajanya ini dilancarkan melalui YouTube Indigital Music pada 26 Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Ikut Jejak Langkah Abang & Kakak Ceburi Bidang Seni, Alif Ali Muncul Dengan Single My Boo appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.