Zarina Anjoulie Menang Ketepikan Kes Saman Fitnah Fara Mendoza
Mahkamah Tinggi Malaya Negeri Sembilan hari ini membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelakon Zarina Anjoulie untuk membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Nurfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza berhubung dakwaan yang usahawan media sosial tersebut memfitnahnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communicatios, siginifikasi kepada keputusan tersebut telah memberi peluang kepada Zarina membela diri secara adil dan saksama di hadapan hakim.
“Setelah berjaya mengenepikan penghakiman ingkar bagi kes tersebut, maka Zarina boleh memfailkan pembelaan dan membuat tuntutan balas serta melalui perbicaraan penuh,” jelas kenyataan berkenaan.
Fara Mendoza memfailkan saman pada bulan Januari tahun lalu dan media melaporkan yang dia telah ‘menang’ saman berkenaan pada 5 Jun 2020.
Berikutan laporan berita itu, Zarina telah memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun tahun yang sama dan seterusnya memberi pencerahan serta menyangkal berita yang dilaporkan.
Malah, Zarina telah menerangkan bahawa kes saman itu masih berjalan dan dia tidak kalah kes tersebut dan ia baru saja bermula.
Penghakiman tersebut dimasukkan kerana Zarina mendakwa dia tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguam terdahulu dirinya telah membela nasib usahawan media sosial itu.
“Zarina menyangkakan peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara Mendoza itu diterbitkan oleh pihak media pada 5 Jun tahun lalu.
“Apabila Zarina menghubungi peguam tersebut, ahli keluarga peguam itu telah memaklumkan bahawa peguam beliau diserang strok dan firma guaman telah pun ditutup beberapa bulan,” jelas kenyataan itu lagi.
Sehubungan dengan itu, Zarina telah pergi ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian bahawa terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya.
Setelah mahkamah memberi pengesahan mengenai isu tersebut, Zarina telah melantik barisan peguam baru bagi mewakili dirinya.
Usahawan media sosial tersebut membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam Nurul Hafidzah Hassan dari NHA Advocates And Solicitors sekali lagi.
“Anak guam Zarina Anjoulie menafikan segala tuduhan dan tidak pernah memfitnah Fara Mendoza. Kami akan memastikan beliau akan memenangi kes ini,” kata Nurul Hafidzah selaku peguam utama yang mewakili Zarina.
Nurul Hafidzah merupakan peguam yang mengendalikan kes saman fitnah Zarina terhadap pelakon Emelda Rose dan Amyza Aznan.
Terdahulu, pada 10 Julai 2020, Zarina berjaya mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Amyza Aznan bagi kes saman fitnah siber yang difailkan oleh beliau ke atas pelakon tersebut. – KopiPlanet.com
The post Zarina Anjoulie Menang Ketepikan Kes Saman Fitnah Fara Mendoza appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: