Ads Top

Didi Astillah Terima Ancaman, Ada Individu Tak Dikenali Hantar Gambar Pisau

Pelakon Didi Astillah berhadapan perkara menakutkan apabila menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali.

Apa yang lebih menakutkan, individu berkenaan juga turut menghantar gambar pisau menerusi DM di Instagram miliknya.

“Astaghfirullahalazim.. terkejut bila nampak DM ni. Dengan kata2 kesat & ugut saya macam ni.

“Tolong Jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka2 je bagi saya kata2 macam ni,” ujarnya.

Menerusi mesej yang dihantar, individu berkenaan mendakwa Didi mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Aiman Aziz.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu menyatakan dia akan membuat laporan polis.

“Jangan fikir saya tidak boleh ambil tindakan, saya sendiri ada gambar muka dia yang diambil dari media sosial,” ujarnya.

Kredit Foto: Instagram Didi Astillah

The post Didi Astillah Terima Ancaman, Ada Individu Tak Dikenali Hantar Gambar Pisau appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.