(Video) “Tekaknya Tidak Sakit,” Hilang ‘Garang’, ‘Nyanyian Manja’ Daripada Harimau Ini Jadi Perhatian
Seekor harimau bernama Vitas di sebuah zoo yang terletak di Barnaulis telah menarik perhatian pengunjung serta memenangi hati warganet dengan ‘nyanyiannya’.
Zoo Lesnaya Skazka di Barnaul baru-baru ini ada berkongsikan satu video pendek yang memaparkan harimau tersebut memanggil ibunya dengan nada yang sangat luar biasa.
Menurut Times Now News, suara itu seakan sama dengan kicauan burung bercampur dengan monyet yang terkekek.
Kebimbangan berkenaan keadaan kesihatan harimau tersebut mula timbul. Namun pihak zoo menjelaskan bahawa harimau itu sebenarnya sihat dan tidak berada dalam kesakitan.
“Anak harimau itu sebenarnya sihat sahaja, tekaknya tidak sakit. Ianya adalah panggilan yang dia gunakan sejak awal kelahirannya bagi menarik perhatian ibunya daripada semua anak-anak ibunya yang lain,” kata salah seorang staf zoo tersebut.
Pihak zoo turut menyatakan bahawa rakaman itu adalah asli dan bunyi aneh yang dikeluarkan oleh harimau itu adalah kerana ‘pita suaranya’ tidak sepatutnya bernada tinggi.
Anak harimau Amur itu telah dilahirkan pada bulan Jun 2020 bersama dengan 4 ekor yang lain. Ibu bapanya bernama Sherkhan dan Bagheera.
Harimau Amur, yang merupakan salah satu spesis kucing terbesar dunia, sedang perlahan-lahan pulih daripada ancaman kepupusan.
WATCH: Vitas the ten-month-old tiger cub from Siberia's Barnaul Zoo has taken social media by storm with his "singing." pic.twitter.com/e97CoIDAIz
— CBS News (@CBSNews) March 2, 2021
Sumber: Times Now News
The post (Video) “Tekaknya Tidak Sakit,” Hilang ‘Garang’, ‘Nyanyian Manja’ Daripada Harimau Ini Jadi Perhatian appeared first on Siakap Keli.
No comments: