Ads Top

Rief Daniel Dedah Kisah Sebenar Pernah Rasa Kesunyian Menerusi Single Baharu Aku Solo

Sebelum ini, penyanyi Rief Daniel pernah menghasilkan dua buah lagu balada, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya apabila sukar untuk berdiri sebaris dengan penyanyi seangkatan yang semakin menyerlah.

Namun begitu, ia langsung tidak melemahkan semagat Rief yang kini tampil dengan single Aku Solo yang juga percubaan ketiga Rief bagi menempatkan dirinya dalam bidang ini agar lebih dikenali.

Menerusi Aku Solo, Reif akan terus berusaha demi mencapai impian untuk menjadi artis yang berjaya. Buat masa ini, Rief masih lagi belajar IPT daÅ„ dia akan membahagikan masa sebaiknya antara pelajaran dan kerjaya. 

Menurutnya, lagu berkenaan mengisahkan tentang seseorang yang tidak mempunyai teman di sampingnya dan berasa sunyi kerana tiada sokongan daripada seorang yang bergelar kekasih. Walaupun begitu, dia masih tersenyum bagi menyimpan isi hati yang terpendam.

Rief Daniel mengatakan penghasilan lagu ini bermula apabila dia berkongsi hal peribadinya bersama Yonnyboii(Nuriman) selaku penggubah lagu ini. 

“Ada satu hari tu, saya pergi ke rumah Yonnyboii untuk menghasilkan sebuah lagu. Yonnyboii bertanya tentang hal peribadi saya dan saya menceritakan semuanya.

“Dia nampak apa yang saya sedang hadapi, padahal saya sendiri tidak tahu bahawa saya berasa kesunyian kerana tiada pasangan disamping saya. Saya menceritakan semua masalah saya tetapi dia hanya nampak masalah pasangan yang dihadapi oleh saya” ujarnya.

Semasa proses rakaman lagu ini, Rief menyatakan dia perlu mengubah cara nyanyian mengikut rentak lagu kerana sebelum ini dia lebih ke arah rentak balada.

Bagaimanapun, oleh kerana Yonnyboii merasakan kehadiran Rief memberi impak yang positif dan kegembiraan kepadanya lalu dia menggubah lagu ini dengan genre pop.

“Alhamdulillah, selepas saya dapat rentak nyanyian dan cara saya tersendiri dalam lagu ini, saya dapati bahawa lagu ini memang kena sangat dengan diri saya.

“Lagu ini juga mempunyai melodi yang sangat unik yang boleh menangkap perhatian pendengar,” jelasnya.

Rief menyatakan harapannya adalah untuk semua pendengar merasai dan cuba untuk memahami satu per satu lirik dan melodi yang telah dihasilkan.

“Percayalah, anda akan rasa apa yang saya rasa. Saya juga berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu ini dengan baik.

“Dengan izin Allah, harap-harap lagu ini akan diminati ramai dan boleh memberi impak yang positif dan kuat kepada pendengar. Sama-sama kita menyuarakan apa yang kita rasa,” katanya.

Aku Solo kini sudah tersedia di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox dan video muzik akan ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada sejak 26 Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Rief Daniel Dedah Kisah Sebenar Pernah Rasa Kesunyian Menerusi Single Baharu Aku Solo appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.