“Aku Dah Penat Menangis Untuk Kau Sahabat” – Mila Jirin Luah Kekecewaan Terhadap Nonny Nadirah
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan sahabat baiknya, Nonny Nadirah.
Kekecewaan tersebut diluahkan di Instagram miliknya setelah melihat posting terbaharu Nonny yang tampil lebih seksi sehingga mengejutkan ramai pihak.
“Punya ramai DM / KOMEN maki hamun aku sebab aku TEGUR KAU secara terbuka.. Sampai aku terpaksa off komen sbb aku pulak yang strrss…
“Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul-betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku..” luahnya dengan penuh kekecewaan.
Menurut Mila, sebelum ini dia terpaksa berhadapan dengan maki hamun orang lain semata-mata untuk melindungi sahabatnya itu.
> Baca: Nonny Nadirah Buat Kejutan Lagi… Kali Ini Muat Naik Gambar Dalam Baldi Tanpa Pakai Baju
Jelasnya, ketika ini dia merupakan antara individu yang paling sangat kecewa dengan apa yang dilakukan Nonny.
“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!
“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT…” luahnya. – KopiPlanet.com
The post “Aku Dah Penat Menangis Untuk Kau Sahabat” – Mila Jirin Luah Kekecewaan Terhadap Nonny Nadirah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: