Ads Top

(Video) Wanita Sedih Terjumpa ‘Lipstik’ Bukan Miliknya Dalam Kereta, Jawapan Dari Suaminya Bikin Terhibur

Perasaan cemburu dan curiga pada wanita memang tidak dapat dipisahkan. Tambah-tambah lagi jika ianya membabitkan soal kesetiaan pasangan mereka.

Pun begitu, perasaan tersebutlah sebenarnya adalah salah satu tanda bahawa mereka sayang akan diri kita.

Dalam satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok bernama @nimaslaputri ini, kesetiaan dan kepercayaannya terhadap pasangannya teruji sejurus selepas dia memasuki kereta yang dipandu oleh suaminya itu.

Menurutnya, selepas sahaja dia memasuki kereta, dia berasa terkejut dan sedih kerana menemui sebatang ‘lipstik’ yang bukan miliknya terselit di pintu tempat duduk penumpang.

“Aku terkejut campur sedih sangat masa masuk ke dalam kereta. Aku jumpa lipstik yang bukan biasa aku pakai,” ujarnya.

Untuk mendapatkan penjelasan sebelum bertindak, dia bertanyakan berkenaan perkara itu terlebih dahulu kepada suaminya.

“Ada kawan-kawan yang tertinggal lipstik tak?” soalnya.

Namun suaminya menjawab bahawa tiada siapa-siapa pun yang tertinggal lipstik dalam keretanya itu. Suaminya itu turut memintanya supaya menunjukkan lipstik tersebut.

Selepas sahaja dia menunjukkan lipstik tersebut, suaminya itu terus ketawa.

Jelas suaminya, lipstik yang menimbulkan syak wasangka kepadanya itu sebenarnya adalah kunci ban kereta.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 2 juta tontonan.

@nimaslaputri

Lipstik nya iron man 😭 #fyp #samasamadaritiktok #kunci #lipstick #masukberandagak #voiceeffects

♬ original sound – Nimas LA Putri – Nimas LA Putri

Sumber: @nimaslaputri

The post (Video) Wanita Sedih Terjumpa ‘Lipstik’ Bukan Miliknya Dalam Kereta, Jawapan Dari Suaminya Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.