Sudah Terima Surat Rasmi, Kini Mahu Dikenali Dengan Nama DBI, Boy Iman Atau Norul Iman A Rahman
Pelakon Boy Iman telah memaklumkan bahawa dirinya sudah pun menerima surat rasmi berhubung penarikan Darjah Kebesaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang).
Dalam satu perkongsian di Instagram, Boy Iman berkata surat berkenaan sudah diterimanya pada 11 Februari lalu.
“Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, saya menerima penarikan dan pembatalan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Yang Hormat Dato’ yang telah dikurniakan pada saya bertarikh 24hb Mei 2017 sepertimana dimaklumkan melalui surat rasmi yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 1hb Februari 2021 yang diterima oleh saya pada 11hb Februari 2021 di jam sekitar 4 petang.
“Ianya selaras dengan prinsip rukun negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Dan dengan ini secara rasminya saya dikenali untuk urusan rasmi atau tidak rasmi dengan nama DBI, Boy Iman atau Norul Iman A Rahman,” tulisnya.
Sebelum ini, pelakon berkenaan mengatakan dia masih belum mendapat surat rasmi berhubung perkara tersebut.
> Baca: Darjah Kebesaran Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik, Tidak Dibenarkan Memakai Sebarang Gelaran
Malah, Boy juga menyatakan dia mahu menulis surat kepada SUK Pahang untuk bertanyakan sebab sebenar Darjah Kebesarannya ditarik balik.
Selain itu, pelakon berkenaan juga telah menukar nama di akaun Instagram miliknya dengan nama @boyimandbi Norul Iman A. Rahman.
“Saya juga menjunjung kasih tak terhingga kepada Tuanku diatas pengurniaan dan penggunaan gelaran ini selama hampir 4 tahun dan melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuanku..
Daulat Tuanku!” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram @boyimandbi
The post Sudah Terima Surat Rasmi, Kini Mahu Dikenali Dengan Nama DBI, Boy Iman Atau Norul Iman A Rahman appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: