(Video) Sebak, Gadis Jadi Yatim Piatu Setelah Ibu Bapanya Meninggal Selang 3 Hari, Nekad Akad Nikah Dekat Jenazah Bapa
Hari perkahwinan pastinya hari yang membahagiakan bagi hampir kesemua pasangan. Namun, bagi seorang wanita di Jawa Tengah, hari terbesar itu menjadi hari yang menyedihkan apabila ibu dan ayah kesayangannya meninggal dunia menjelang hari pernikahan.
Menurut Tribun News, Arum yang merupakan anak tunggal telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana komplikasi sebelum diikuti ayahnya tiga hari kemudian yang didakwa mengalami gejala masalah pernafasan.
Berdasarkan video dikongsikan salah seorang saudara kepada gadis itu, Tinny, mengikut perancangan, Arum bakal dinikahkan bersama pasangannya pada 18 Februari akan datang, namun mempercepatkannya agar dapat diijab qabul di hadapan jenazah ayahnya.
“Tujuh hari yang lalu ibunda Arum meninggal dan semalam ayahnya menyusul. Dan rencana 18 Februari ini Arum melangsungkan ijab qabul, dan akhirnya Arum melangsungkan ijab qabul hari ini juga di depan jenazah ayahnya.,” tulis Tinny.
“Bersebelahan ambulans yang ada jenazah ayahnya. Boleh dilihat di video, pandangannya kosong,” tambah wanita itu.
Jelas Tinny, ibu kepada Arum telah meninggal dunia setelah mengalami komplikasi selama beberapa hari sebelum diikuti ayahnya.
“Ibunya sakit selama tiga hari dan dirawat satu hari di hospital. Di hospital, ibunya meninggal. Tiga hari setelah ibunya meninggal, ayahnya mengeluh sakit,” tulis portal itu memetik kenyataan saudara kepada gadis berkenaan.
“Sesak nafas dan tak mahu dirawat di hospital. Setelah sakit tiga hari, ayahnya meninggal,” katanya lagi.
Bagaimanapun, punca kematian ayahnya belum dikenalpasti selain gejala sesak nafas. Oleh itu, ayahnya telah dikebumikan mengikut protokol COVID-19, lapor portal itu.
“Ibunya komplikasi. Ayahnya telah menjalani ujian swab, belum keluar keputusan sampai sekarang. Saya juga belum tahu hasilnya positif atau negatif,” ujar Tinny.
@tinnysalon kamu kuat kamu tabah Arum…
Semoga Allah menempatkan kedua-dua ibu bapa Arum dalam kalangan orang beriman dan memberi ketabahan kepada keluarga tersebut.
Sumber: Tribun News
The post (Video) Sebak, Gadis Jadi Yatim Piatu Setelah Ibu Bapanya Meninggal Selang 3 Hari, Nekad Akad Nikah Dekat Jenazah Bapa appeared first on Siakap Keli.
No comments: