Ads Top

(Video) Lebih 2.8 Juta Tontonan, Tular Reaksi Bayi Buat Muka Seakan Menyampah Sambil Menjeling Bikin Terhibur

Perkara pertama yang sering dinanti-nantikan ibu bapa ialah untuk melihat wajah si anak yang baru dilahirkan. Sembilan bulan menanti, akhirnya keluarlah si cinta hati yang comel ke dunia.

Namun, mungkin tak semua bayi mengharapkan perkara sama. Mungkin ibarat ‘diganggu’ tidur yang lena, beberapa kali tular wajah bayi dengan mimik seakan ‘tidak berpuas hati’ sebaik sahaja dilahirkan.

Ekspresi ini pastinya membuatkan orang ramai terhibur dan merakam detik itu untuk dijadikan kenangan. Termasuk seorang pengguna dengan nama @commelvoir yang memuatnaik video seorang bayi dengan mimik muka seakan ‘menyampah’ sambil menjeling sekeliling.

Dalam video itu, kedengaran ibu kepada bayi berkenaan sedang berbual sedang mata bayi itu melilau dan mencebik. Video tersebut telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan dengan 35 ribu tanda suka sejak dimuatnaik pada 8 Februari lalu.

“Mungkin dia jangka sesuatu yang lebih baik.”

Rata-rata warga maya terhibur dan cuba ‘merungkai’ apakah yang berada di dalam fikiran bayi tersebut.

Wanita itu berkata “Kamu sangat kecil, macam anak tikus”

Dia nak masuk balik, dia sudah tahu kegilaan di dunia luar

Jelingan menyampah

Sumber: @commelvoir

The post (Video) Lebih 2.8 Juta Tontonan, Tular Reaksi Bayi Buat Muka Seakan Menyampah Sambil Menjeling Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.