Ads Top

(Video) Lama Tak Bersua Kerana PKP, Ayah Tak Henti Menangis Rindukan Anak Cucu & Tanya Bila Nak Balik

Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, segala perasaan rindu buat keluarga yang jauh di mata perlu dipendam buat seketika.

Mungkin boleh bertanya khabar dan menatap wajah melalui panggilan video namun ia tetap tidak sama kerana mereka tetap tidak berada di sisi.

Apatah lagi bagi ibu bapa yang berjauhan dengan anak-anak cucu, perasaan rindu dan sunyi itu bercampur.

Sama seperti perkongsian video oleh Ayreen Yusoff ini yang memperlihatkan bapanya menangis kerana terlalu merindui cucunya.

Menurut Ayreen, dia yang baru sahaja pulang dari pasar terkejut melihat abahnya menangis dan berkata bahawa dia merindui cucunya.

Sebaknya tengok abah macam ni

 

@ayreenyusoff

blik pasar,tekejut nmpk abh nangis,allahuakbar sebaknye tgk abah cam ni,abah rindukn ank cucu dia 😢abah,akak janji akak akn slalu de ngn abh mak 😢🙏

♬ original sound – @cik Ayreen Yusoff – @cik Ayreen Yusoff

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang sebak melihat video itu dan ada juga yang meluahkan rindu pada keluarga masing-masing.

Sumber: Ayreen Yusoff

The post (Video) Lama Tak Bersua Kerana PKP, Ayah Tak Henti Menangis Rindukan Anak Cucu & Tanya Bila Nak Balik appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.