(Video) Kecewa Pelanggan Lesap Batal “Order” Beratus, Abang Foodpanda Sedekah Makanan Dekat Orang Ramai
Beberapa hari lalu, tular mengenai seorang rider Foodpanda yang ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tidak memunculkan diri untuk mengambil makanan.
Makanan yang berharga lebih RM100 itu belum dibayar. Dalam keadaan panas terik, Anas Mansor dilihat kecewa dengan perkara tersebut.
Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku pada makanan yang banyak itu, adakah ia dijual?
Menerusi video terbaru yang dimuatnaik oleh Anas, makanan itu rupa-rupanya telah disedekahkan.
@anasmansor99 Reply to @nursyazwaniey.__ part 2 done, tengok sampai habis kalau nak tau mana p makanan tu #foodpandamalaysia #foryoupage #fyp
Anas memberikan makanan-makanan itu kepada rider yang lain, peniaga tepi jalan dan juga pelajar sekolah.
Tidak cuma itu, ada juga seorang akak yang baik hati untuk membeli makanan itu.
Tindakan Anas itu dipuji ramai kerana walaupun telah dikecewakan, dia tetap bersikap positif, tenang dan tidak mengeluh.
Sumber: Anasmansor99
The post (Video) Kecewa Pelanggan Lesap Batal “Order” Beratus, Abang Foodpanda Sedekah Makanan Dekat Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: